Friday, 18 October 2019

Digelar Anak Angkat



Hai pembaca semua....tajuk diary hati hari ni 'digelar anak angkat'. Korang mesti ada yang lalui benda yang sama dalam hidup ni kan?...apa perasaan korang bila adik beradik korang gelar korang anak angkat? Marah? Sakit hati? Semua adakan. Siapapun akan rasa sakit hati bila digelar sebagai anak angkat oleh adik beradik sendiri.

Kenapa adik beradik aku gelar aku anak angkat? Sebabnya, muka aku lain dari yang lain. Aku, ada 5 adik beradik. Aku anak ke3. Dalam 5 beradik tu, muka aku je yang xsama dengan yang lain. Sebab tulah adik beradik aku terutama kakak aku yang sulong kata aku anak angkat. Muka aku ala-ala mamak gittewww...Kira muka kacukan lah ni. Hahahahaha..

0 comments:

Post a Comment