Friday, 18 October 2019

Zaman Kecilku



Aku Lezz. Cukuplah aku kenalkan diriku dengan nama pendek sahaja. Banyak yang nak aku tuliskan dalam ruangan blog ini umpama diary kehidupanku. Bezanya, diary dulu-dulu ditulis dalam bentuk buku, sekarang ni dalam bentuk elektronik. Jadi lebih senang untukku berkongsi cerita dengan pembaca agar coretan ku ini dapat memberi manfaat dan ilmu kepada yang sudi membaca.

Masa kecilku tidak banyak perkara yang indah berlaku. Aku, seroang anak kecil yang selalu dipinggirkan samaada dalam keluargaku sendiri ataupun keluarga besar bersama-sama dengan sepupu-sepupuku. Akibatnya sampai ke besar aku memang suka 'lone ranger'. 

Mungkin sebab perbezaan warna kulit dan wajahku yang tidak mirip kepada keturunan Melayu menjadikan aku sering dipanggil 'anak India'. Lama-lama aku dah tak kesahpun nak paggil aku macam tu. 

0 comments:

Post a Comment